Tuesday 9 August 2016

Cara Mudah Unlock Pin Modem Celcom Anda



Assalamualaikum awak yang baca post ni.hehe

Mesti u alls sedang cari info tentang bagaimana caranya auntuk unlock pin modem celcom anda. As of now, saya boleh gerenti menjadi untuk celcom broadband, untuk modem moderm lain saya x berapa pasti.
Unlocked ni maksudnya, bilamana kita nak guna simkad jenama lain pada modem broadband yang berlainan. Let say,seperti Broad band Celcom tetapi guna simkad Maxis macam yang saya lalui.

Memandangkan kawasan saya ni signal celcom sangat lemah,jadi tiada gunanya modem celcom ni hinggalah satu masa tu, saya search di fb untuk membeli modem dan ternampak iklan seorang seller “boleh masuk semua sim kad sebab dah unlock”

Haaa dari situ timbulnya idea nak cari jalan macamana nak unlock kan modem celcom saya ni.
 jh
Jadi untuk pengetahuan u alls, sebelum dapat menggunakan modem tu, akan keluar 1 notifikasi untuk masukkan pin no.AND kalau x silap, hanya ada 9 peluang diberikan. Mula2 saya cubalaa taip pelbagai nombor tapi x menjadi dan akhirnya berbaki 2 kali percubaan je!! Hahaha

Actually tak tahulah apa effectnya kalau dah cuba sampai habis tapi pada tahap ni,Allah bagi idea untuk saya cari jalan untuk google terlebih dahulu.Pasti ada hamba Allah yang sudi membantu dan berkongsi.

So  check it out, mudah sangat rupanya!! So saya tulis dan sertakan tutorial cara untuk menggunakan moderm yang anda ada dengan pilihan simkad anda sendiri. 

Btw, ilmu ni ayu dapat dari blog taukecomputer.com. Mudahan Allah murahkan rezeki owner website tersebut. 

 

Pertama, pasangkan modem anda ke port USB komputer.
Kemudian, buka perisian Celcom Broadband Manager. Jika anda baru kali pertama memasang modem ini pada komputer, pastikan anda telah install perisian ini terlebih dahulu.
Pergi ke bahagian Tools dan pilih Diagnostics. Nombor IMEI akan terpapar seperti dalam gambar di bawah. [/text_output]







Dapatkan unlock code

Salin IMEI broadband anda dan masukkan di dalam kotak di website ini http://a-zgsm.com/freecode/ dan tekan ‘Calculator’
Unlock code untuk modem anda akan keluar seperti di dalam gambar di bawah. Salin code ini.







Unlock Modem Broadband

Masukkan simkad selain daripada Celcom kepada modem anda. Kemudian pasangkan kembali pada komputer anda.
Buka perisian Celcom Broadband Manager dan satu popup window seperti di bawah akan keluar. Masukkan unlock code yang anda telah dapatkan sebentar tadi.



Selesai! Kini modem anda boleh menerima simkad dari mana-mana telco. Jangan lupa untuk kongsikan tips ini bersama rakan-rakan menggunakan social button di bawah. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Terima kasih atas infonya,semoga success selalu.

    ReplyDelete

You might love this