Sunday 6 May 2012

ESP dan Bagaimana ESP membantu dalam penyusuan

Apakah itu ESP dan bagaimana ianya bertindak bagi ibu menyusu??

ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protien adalah supplement untuk proteinn. Protein adalah binaan asas sel dan tisu dalam tubuh kita. Gabungan sel akan membentuk tisu, dari tisu membentuk organ seterusnya membentuk sistem. Komposisi utama dalam susuibu adalah protein diikuti oleh kalsium dan zat lain. Protein ini diperlukan untuk penghasilan sel dan membaiki tisu2 sel dalam badan serta ia penting untuk pembesaran bayi.
Sel yang sihat sangat penting. Ini kerana sel yang sihat mampu menyerap semua nutrien dan zat vitamin dengan baik dan optimum. Maka sangat penting kita mempunyai sel yang sihat.
Pengambilan  Energizing Soy Protein  membantu menghasilkan sel yang sihat. Protein membantu membina dan membaiki sel tisu.

Pengambilan ESP sangat membantu penghasilan susuibu dengan cepat .Ini kerana badan memenuhi keperluan protein yang diperlukan untuk penghasilan susuibu.
Walaubagaimanapun, pengambilan Energizing Soy Protein- ESP sangat bagus dan lengkap bila diambil bersama set penyusuan seperti set B atau Eu Four Pack yang membantu menyokong kesihatan ibu.

Apakah vitamin Shaklee yang membantu??

ALFAFA-Shaklee Alfafa Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan)

Vitamin C Shaklee..Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

Shaklee Kalsium-Magnesium (OsteMatriix)--yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

VITALEA (MULTIVIT)~Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.



Pentingkah kesihatan ibu??Bagi saya adalah penting kerana kesihatan ibu mempengaruhi hasil perahan susuibu.
Ibu yang sihat, mood yang stabil dan bersemangat akan secara langsung membuatkan ibu itu kuat semangat dan terus berkeyakinan untuk terus membuat sesi perahan.
Ibu yang sakit atau tidak sihat akan mengganggu emosi si ibu. Apabila ini terjadi penghasilan susu akan terganggu dan si ibu akan hilang sedikit fokus dan semangat untuk meneruskan sesi perahan jika sakit itu berlarutan.Jadi pengambilan supplement membantu ibu untuk lebih bersemangat dalam menjayakan penyusuan..


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

You might love this