Friday 1 February 2013

Keperluan Zat Besi untuk bayi

Salah satu ‘concern’ terhadap bayi yang menyusu ibu adalah kekurangan zat besi selepas usianya 6 bulan. Kenapa 6 bulan? Dan kenapa zat besi?

Saya telah berbincang dengan pakar kanak-kanak yang selalu kami kunjungi, kerana beliau seorang pro-breastfeeding.
Kata beliau, biasanya selepas 6 bulan, bayi sudah diberi makan, dan mungkin frekuensi minum susu berkurangan dari biasa. Jadi, kebanyakan ibu akan mula datang haid tatkala bayi berusia 6 bulan. Ketika kedatangan haid, wanita kehilangan sehingga 15% zat besi tubuhnya. Apabila tubuh ibu kehilangan zat besi, bekalan zat besi kepada susu ibu juga turut menyusut.
Zat besi kebanyakannya terdapat dalam sel darah merah, iaitu sebanyak 70%.
Kepentingan zat besi:
  • Untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
  • Untuk pembentukan myoglobin dalam otot
  • Membawa oksigen ke seluruh badan
  • Penggunaan tenaga yang optimum.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
  • Anemia
  • ADHD
  • Kelesuan dan keletihan
Zat besi amat penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat, sama ada dari segi fizikal atau mentalnya. Jadi, ibu yang menyusu terutamanya, patut mendapatkan zat besi secukupnya, terutama apabila sudah datang bulan selepas bersalin.



Vita-Lea Iron formula membekalkan keperluan zat besi harian. Lengkapkan pengambilan dengan Vita-C untuk memudahkan penyerapan.
AWAS!!! Zat Besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama-sama dengan (serentak) kalsium (Ostematrix) dan kacang soya (Soy Protein) kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat besi.

So buat para wanita terutama ibu hamil dan menyusu, dapatkan sekurang-kurangnya VITALEA dan VITA-C Shaklee untuk kekal cergas dan cerdas di waktu ‘itu’.

No comments:

Post a Comment

You might love this